Sunday 30 October 2011


























PENGERTIAN FATWA,KEPUTUSAN FATWA.


Definisi Fatwa:
Pada bahasa ia diambil daripada afta-ifta'an yang memberi maksud menjelas dan menghuraikan hukum permasalahan.

Dari Segi Istilah:
Pada istilahnya pula, fatwa mempunyai pelbagai definisi antaranya:
  1. Fatwa adalah sebagai jawapan yang dibuat oleh mufti pada perkara yang berlaku apabila diajukan soalan kepadanya.
     
  2. Fatwa ialah mengkhabarkan hukum Allah SWT sama ada pada yang mesti atau harus.
Status Keputusan Jawatankuasa Fatwa MKI

Keputusan/ pandangan hukum yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa MKI bukan merupakan fatwa mengikut peruntukan undang-undang. Ia adalah merupakan keputusan/ pandangan hukum yang dicapai secara bersama oleh Mufti-Mufti seluruh Malaysia yang menganggotai Jawatankuasa berkenaan. 

Keputusan/ pandangan yang dibuat sebenarnya tidak mengikatnegeri-negeri, tetapi sebaliknya ia hanya boleh dikuatkuasakan di peringkat negeri jika negeri berkenaan mengambil tindakan atau menerima pakai keputusan/ pandangan tersebut dan menjadikan ianya sebagai fatwa mengikut proses pembuatan/ pengeluaran fatwa negeri masing-masing. 

Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa MKI hanya merupakan majlis diskusi/ muzakarahbagi membincang dan memutuskan sesuatu isu/ perkara yang memerlukan pandangan hukum khususnya yang berkaitan dengan isu/ persoalan yang bersifat nasional dan  melibatkan kepentingan seluruh persekutuan.